JANGKAAN SAYA MENGENAI KURSUS YANG TELAH DITAWARKAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Seingat saya, saya telah ditawarkan kursus kejuruteraan mekanikal pada tarikh 24 Mei 2013. Bila Mak saya tahu yang saya telah ditawarkan kursus tersebut, Mak saya sangat gembira, habis semua ahli keluarga diberitahunya. Tapi, apa yang bermain di minda saya ialah kursus itu adalah mekanikal dan saya akan menjadi seorang MEKANIK !? Ya Allah!, punyalah sakit hati bila menenangkan tangan saya akan hitam legam macam mekanik motor tu, tiap tiap hari kena menghadap spanar sampai 3 tahun, semua ini yang bermain di minda saya setelah ditawarkan kursus tersebut. Lawakkan?, fikiran tak macam orang dewasa langsung. Ini mesti terlalu banyak sangat tonton cerita karton ni. Pada tanggal 17 Jun 2013 saya telah melaporkan diri di Politeknik Seberang Perai dan pada tanggal 19 Jun 2013 secara rasminya saya telah menjadi sebahagian daripada siswa Politeknik Seberang Perai. Setelah mendapat penerangan dari pensyarah dari politeknik, barulah hati saya menjadi tenang semula. Pensyarah itu menerangkan sedikit sebanyak mengenai kursus saya, apa yang saya akan belajar selama 3 tahun berada di politeknik berkenaan. Dan apabila sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung, semuanya okey dengan subjek subjek dan mata pelajaran yang saya akan belajar. Tapi, masuk saja kelas Sains Kejuruteraan, punyalah terkejut monyet saya apabila pensyarah tu menyenaraikan topik topik yang kami akan belajar dalam mata pelajaran Sains Kejuruteraan. Rupa rupanya, semuanya sama saja dengan topik mata pelajaran Fizik semasa saya di tingkatan 5. Ingatkan saya dah ‘ceraikan’ si Fizik tu masa di tingkatan 5 hari tu, tapi terpaksa pula ‘rujuk’ balik. Aduh sakitnya jiwa ini, saya ini dah lah lemah dan tidak suka dengan mata pelajaran Fizik. Apa apa pun redho saja, ambil ia sebagai cabaran. Okey lah saya nak tamatkan cerita saya di sini, nak tolong Mak selesaikan kerja kerja rumah. Okey bye, Assalamualaikum.

ImageImageImage

Leave a comment